Teka teki tentang status kejuaraan Ligue 1 Perancis terjawab apabila Ligue de Football Professionnel (LFP) mengesahkan Paris St Germain bakal ditabal selaku juara liga.

Saingan liga profesional di Perancis ditamatkan susulan pandemik Covid 19 yang melanda negara itu dengan baki 10 perlawanan untuk ditamatkan.

LFP turut memutuskan dua pasukan tercorot, Amiens dan Toulouse bakal tersingkir ke Ligue 2 sementara dua pasukan teratas Ligue 2, FC Lorient dan RC Lens dnaik taraf ke Ligue 1.

Marseille dan Rennes pula akan mengiringi PSG ke saingan Liga Juara Juara musin depan manakalaĀ pasukan, Lille, Reims dan Nice pula akan beraksi di saingan Liga Europa.

Status bagi kesemua kedudukan kelab akan dibentangkan ketika mesyuarat ahli lembaga LFP untuk disahkan di mesyuarat agung sebelum diumum secara rasmi.

Paris St Germain memimpin carta Ligue 1 dengan kelebihan 12 perlawanan selepas beraksi 27 perlawanan diikuti Marseille ditangga kedua dengan 56 mata.

Musim 2019/2020 akan menjadi detik manis buat PSG jika disahkan sebagai juara liga dan ia merupakan kejuaraan ketiga berturut turut selepas mempertahankannya sejak 2017/2018.

Sehingga kini, lebih 166 ribu kes positif dilaporkan di negara itu dan 24 087 kematian direkodkan.

- Advertisement -