Indonesia berdepan masalah kewangan apabila dikhabarkan gagal membayar gaji jurulatih skuad kebangsaan.

Gaji Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong dilaporkan USD 100 000 sebulan.

Pembantu jurulatih Nova Ariaonto mendedahkan pengurusan kejurulatihan masih belum menerima gaji daripada PSSI.

Laporan media tempatan mendedahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berdepan krisis kewangan dan sedang menanti peruntukkan daripada badan induk bolasepak dunia (FIFA) untuk menampung kos urustadbir organisasi itu.

Malah, saingan liga domestik juga terhenti susulan pandemik Covid 19 dan Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dikatakan akan melaksanakan pemotongan gaji ke atas pengurusan Sang Garuda serta pengurusan dan pemain kelab Liga 1 dan Liga 2 sehingga 75 peratus.

- Advertisement -