Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin
Hamidin

Oleh Ku Mohd Lufti

‘Peperangan’ siber melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim beralih ke fasa baru.

Tunku Ismail menerusi kenyataannya dalam laman social rasmi Johor Southern Tigers (JST) mempunyai maklumat beberapa individu dalam FAM yang terlibat dalam kegiatan rasuah.

Beliau dikatakan mempunyai pemacu pena (thumb drive) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia yang berlarutan sehingga 30 tahun.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM semalam bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut.

Sebaliknya, Datuk Hamidin hanya memberi komen umum berkenaan ‘ugutan’ yang disampaikan Tunku Ismail.

“Negara Malaysia adalah negara yang demokrasi. Saya akan cuba hubungi TMJ selepas ini,” kata Datuk.

Reaksi tersebut sedikit sebanyak memberi tanggapan awal oleh pihak luar, adakah benar individu dalaman FAM terlibat dengan rasuah?

Datuk Hamidin turut menambah, setiap individu berhak membuat laporan terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam persatuan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

- Advertisement -