pandelela (2)

Oleh Ku Mohd Lufti

Olimpian negara terus mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan pihak swasta diatas pengorbanan dan pencapaian di pentas Olimpik Rio Ogos lalu.

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima durian runtuh RM 500 000 daripada kerajaan negeri dan sebuah kondominium berharga RM 700 000 dan wang tunai RM 100 000 daripada dua syarikat swasta.

Kondominium merupakan hadiah daripada Tenaga Stabil Sdn Bhd dimana kunci unit kediaman tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoon Boon Swee dalam satu majlis meraikan Pandelela di Kuching.

Malah, kawasan kediaman kondominium tersebut turut diberi nama Pandelela Rinong’s Residence sebagai penghargaan kepada pemenang pingat perak bagi acara 10 Meter Platform Seirama bersama sama Cheong Jun Hoong.

Manakala insentif RM 500 000 daripada kerajaan Negeri Sarawak diumumkan Ketua MenteriDatuk Amar Doughlas Unggah Embas di majlis yang sama.

Selain itu, Pusat Akuatik Negeri di Kompleks Sukan Petra Jaya dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Ssebuah lagi syarikat swasta, Techninier Sdn Bhd menyumbang berupa insentif berjumlah RM 100 000 kepada Pandelela.

- Advertisement -