tgganu.perak

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Bolesepak Perak (PAFA) melakukan rombakan di bahagian pngurusan dan pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Setiausaha Kehormat PAFA, Jamal Mohd Aris dilantik sebagai pengurus pasukan skuad ‘The Bos Gaurus’ menggantikan Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerusi kenyataan media berkata Jamal akan bergandingan dengan ketua jurulatih The Bos Gaurus, Karl-Heinz Weigang.

“PAFA telah membuat beberapa rombakan kepada pasukan ‘The Bos Gaurus’ bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2016 dan Piala Malaysia 2016 yang akan bermula serentak,” katanya.

Selain itu, Abdul Puhat turut mengumumkan khidmat dua pemain import dari Uzbekistan, Vokhid Shodiev dan Erick Weeks Lewis dari Liberia telah ditamatkan atas persetujuan bersama.

Kuota pemain import The Bos Gaurus diisi rakan senegara Shodiev, Oybek Kilichevdan Xhevahir Sukaj dari Albania.

Abdul Puhat turut mengumumkan kemasukan semula dua bekas pemain pasukan Perak iaitu Razali Umar Kandasamy dan Muhammad Syamil Khairi bagi memperkuatkan barisan pemain tempatan yang sedia ada.

Selepas 12 perlawanan pada saingan separuh pertama Liga Super musim ini, Perak kini menduduki tangga ke 10 , mengumpul 11 mata selepas dua kemenangan, lima kekalahan dan lima keputusan seri.

- Advertisement -