100.plus.

Oleh Ku Mohd Lufti

Dalam usaha menyediakan platform untuk menyemai budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia, 100PLUS tampil menganjurkan larian 100 PLUS Outrunner di Presint 2 baru-baru ini.

Susulan kejayaan edisi pertama tahun lepas, 100PLUS Outrunner 2016 menarik minat hampir 10 000 penyertaan.

3,000 penyertaan diterima untuk acara larian 15 km, 4,000 untuk larian 10 km manakala baki 3,000 adalah untuk larian 6 km dan cabaran berpasukan.

“Sebagai minuman isotonik yang terulung di negara ini, kami di 100PLUS sentiasa menitikberatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Itulah sebabnya, dengan acara perlumbaan seperti ini, jenama kami dapat menggalakkan peserta perlumbaan mencabar diri mereka sendiri dan cuba mengatasi segala-galanya, dan pada masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup untuk mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan lebih sihat,” kata Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran 100PLUS.

Menurut Wai Yin lagi, sambutan yang di terima adalah di luar jangkaan dan bilangan peserta yang lebih tinggi berbanding tahun lepas menunjukkan perlumbaan ini semakin menarik perhatian.

Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Wai Yin berharap acara ini sentiasa dinantikan dalam kalendar sukan Malaysia.”

Larian 15 km dibahagi kepada dua kategori, iaitu Terbuka Lelaki (16 tahun dan ke atas), Veteran Lelaki (40 tahun dan ke atas), Terbuka Wanita (16 tahun dan ke atas) dan Veteran Wanita (40 tahun dan ke atas).

Hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan piala diberikan kepada lima peserta pertama dalam kategori masing-masing yang sampai ke garisan penamat.

Untuk larian 10 km, terdapat kategori Terbuka Lelaki (16 tahun dan ke atas) dan Terbuka Wanita (16 tahun dan ke atas).  Lima peserta yang mendapat tempat teratas menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan piala.

Hadiah percutian ke Brazil dengan semua perbelanjaan ditanggung untuk 4 orang bernilai RM40,000 menanti pasukan pertama yang sampai ke garisan penamat bagi acara cabaran berpasukan 6 km.

Ini merupkan kali pertama hadiah sebegini diberikan di dalam acara larian di Malaysia. 

Manakala pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga juga menerima pakej percutian masing-masing bernilai RM4,000 dan RM3,000 untuk 4 orang.

Semua peserta juga menerima sijil dan pingat sebagai bukti keberanian mereka menyertai acara larian ini.

- Advertisement -