Goodwood vs irhc 2

Oleh Ku Mohd Lufti

IIUM Mustang terus gah mempertahankan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan Divisyen 3 A TNB QNET Liga Hoki Selangor 2016 selepas 4 perlawanan.

Aksi ke 4 minggu lalu, IIUM Mustang bagaimanapun hampir kecundang sebelum bangkit melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Selayang B.

Dua pasukan, Synergy HC dan Selayang B terus mengekalkan kedudukan di tangga kedu dan ketiga, berkongsi 7 mata.

Malah, selepas mengharungi 4 perlawanan, hanya IIUM Mustang muncul pasukan yang kekal dengan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Hoki Selangor musim 2016.

Hasrat Goodwood HC untuk merampas takhta Divisyen 3B tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada IRHC di Stadium Hoki Pandamaran pada Sabtu.

Babak hitam Goodwood HC bermula apabila Umpire perlawanan, Mohd Naqib melayangkan kad merah kepada Anbalagan Jayabalan selepas membantah keputusan.

Bermain dengan 10pemain jelas bukan tugas mudah buat Goodwood HC yang hanya bertahan sehingga suku ketiga permainan sebelum IRHC memcah kebuntuan menerusi Mohd Hisyam Abu Seman hasil pukulan sudut penalti dim init ke 47.

Goodwood HC hampir menyamakan kedudukan dipenghujung perlawanan, namun peluang menerusi Manpreet Singh dan R Devan gagal menemui penyudah.

Kemenangan kedua IRHC meletakkan mereka di tangga kedua, berkongsi 6 mata dengan Goodwood HC yang menghuni tangga ketiga Divisyen 3B.

Pendahulu bagi Divisyen 3B bertukat tangan, menjadi milik Puchong HC yang melakar keputusan selesa 4-0 ke atas UKM Staffs.

Saingan bagi Divisyen 5A pula menyaksikan pertarungan sengit 5 gol diantara SJI Warriors dan Pengkalan Permatang.

SJI Warriors dua kali mendahului sebelum Pengkalan Permatang bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti untuk mengikat kedudukan 2 sama.

Namun, SJI Warriros ternyata lebih bertuah apabila meledak gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lima minit untuk memastikan kemenangan ke 3, sekaligus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu.

Namun SJI Warriors masih belum selesa sepenuhnya kerana SM Damansara Damai Senior terus mengekori rapat ditangga kedua yang turut mengekalkan kemenangan 100 peratus selepas 3 perlawanan selepas membelasah SM Bandar Seri Putra 10-0.

TNB-QNET-SHL2016-TABLE Week 4

- Advertisement -