Pemandu Formula One pasukan Renault, Daniel Ricciardo memutuskan untuk berhijrah dan beraksi bersama McLaren bagi saingan musim 2021.
Pengurusan McLaren memilih Ricciardo yang dilihat sebagai calin terbaik bagi menggantikan pemandu mereka Carlos Sainz yang dijangka meninggalkan pasukan itu dan berhijrah ke Ferrari.
Ricciardo akan bersama McLaren selama dua tahun dengan nilai kontrak sekitar £31 juta.
Prinsipal McLaren, Andreas Seidi melihat, Ricciardo yang akan menggantikan Carlos Sainz adalah keputusan yang berbaloi kerana potensi yang ada pada pemain berusia 25 tahun itu diibarat sebagai bakal pencabare bagi kejuaraan dunia.
Ricciardo yang telah memenangi tujuh perlumbaan sepanjang lima musim bersama Red Bull bermula 2014 hingga 2018, menandatangani kontrak dua tahun bersama Renault.
Carlos Sainz calon pengganti yang disebut sebut bakal menggantikan Sebastien Vettel yang tidak memperbaharui kontrak bersama Ferrari dan akan tamat penghujung musim ini.
Rekod terbaik Sainz adalah menaiki podium selaku pemenang tempat ketiga di GP Brazil pada 2019.
Sainz akan tetap memberikan yang terbaik untuk McLaren bagi tahun ini sebelum memberikan tumpuan terhadap pasukan barunya tahun depan.