Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan menyediakan peruntukkan bagi membantu badan induk sukan dunia yang terkesan susulan pandemik Covid 19 yang memaksa kejohanan kejohanan besar termasuk Sukan OLimpik Tokyo 2020 yang ditunda.

IOC tidak mendapat perincian maklumat tentang kos yang perlu ditanggung penganjur Olimpik Tokyo 2020 namun kerugian dijangka mencecah bilion dolar Amerika.

Presiden IOC, Thomas Bach menjelaskan USD 800 juta perlu ditampung oleh pihaknya sebagai salah satu daripada tanggungjawab badan itu terhadap persatuan sukan seluruh dunia.

USD 150 juta diperuntukkan sebagai pinjaman untuk mana mana badan induk sukan dunia membuat pinjaman dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di lebih 200 buah negara yang terkesan dan mengalami masalah kewangan untuk menganjurkan kejohanan.

Manakala kegunaan dan pecahan bagi baki USD 650 juta akan diperincikan dalam bulan ini.

IOC meraih keuntungan kira kira USD 5.7 bilion sepanjang kitaran olimpik dari tahun 2013 hingga 2016 dan ia dijangka meningkat kepada USD 7 bilion untuk tempoh sebelum Olimpi Tokyo 2020.

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 sebelum ini mendedahkan kos untuk menganjurkan temasya itu dianggarkan sekitar USD 12.6 bilion, namun audit kerajaan menjangkakan ia akan meningkat dua kali ganda.

Tambah Bach lagi, kesemua 14 penaja utama IOC dengan nilai tajaan USD 1 bilion untuk tempoh 2017 hingga 2020 telah menyatakan komitmen mereka untuk membantu bagi tahun 2021.

Penyata akaun bagi 2018 Yayasan Olimpik memiliki USD 897 juta yang akan digunakan untuk menampung kos operasi IOC jika berlaku pembatalan temasya Olimpik.

Ada yang mencadangkan temasya Olimpik Tokyo dibatalkan sepenuhnya andai vaksin bagi menangani Covid 19 masih belum ditemui.

Jelas Bach, terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan ketika ini kerana semua pihak sedia maklum akan situasi semasa dan sedang melakukan yang terbaik untuk mengelak penularan Covid 19.

 

 

 

 

- Advertisement -