zika.virus

 

Penganjur temasya Sukan Olimpik 2016, Rio de Janeiro mengesahkan risiko untuk mendapat jangkitan virus Zika adalah minimum.

Ia disahkan Setiausaha Bahagian Kesihatan di Rio, Daniel Soranz dimana pihaknya sudahpun melakukan kajian secara saintifik sejak bulan November tahun lepas.
Daniel Soranz mengesahkan Virus ZIka bukan isu besar dan optimis ia mampu ditangani dengan sebaiknya sepanjang temasya berlangsung.
Isu melibatkan jangkitan virus Zika menjadi keresahan utama atlet atlet, malah menjangkakan kesan jangka panjang virus berkenaan kepada global.
Ketika ini, masih tiada vaksin atau rawatan khusus untuk menangani visrus Zika dan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjelaskan, ancaman virus Zika berpunca daripada gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut.
Malah, WHO tidak menolak kemungkinan kesan sampingan ketika proses kelahiran bayi seperti saiz kepala yang kecil atau sindrom Guillain Barre atau masalah pada saraf.
Temasya Sukan Olimpik di Rio akan bermula secara rasmi pada 5 hingga 21 Ogos.
- Advertisement -