SABAH_SARAWAK04

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi hari kedua Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini menyaksikan Sabah meneruskan rentak kemenangan untuk mendahului Kumpulan A tatkala MISC merampas tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing.

Sabah menjinakkan Sarawak 4-0 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan.

Usliza Usman membuka tirai gol seawal minit ke-4 sebelum peledak utama, Nurul Azurin Mazlan meledak dua gol pada minit ke-18 dan 25.

Shereilynn Elly Pius kemudiannya melengkapkan kemenangan besar skuad bimbingan Smith M. Ampuling pada minit ke-56.

Turut meraih kemenangan pada aksi kedua pagi tadi ialah skuad Selangor yang berjaya menundukkan Perlis 3-0.

Kemenangan itu mengekalkan Selangor di tangga kedua, berkongsi 6 mata dengan Sabah, dibezakan dengan jumlah gol.

ATM menebus kekecewaan tewas perlawanan pertama, melakar kemenangan ke atas Negeri Sembilan 4-0.

Sementara itu, aksi kumpulan B, MISC kendalian Ananthan M Raman berpesta gol setelah menewaskan Pulau Pinang 7-0 untuk menerajui kumpulan.

Penyerang, Haindee Mosroh meledak lima gol manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri dan Dadree Polinus untuk membolehkan pasukan juara bertahan itu menduduki tangga teratas.

Pada satu lagi aksi Kumpulan B, Kedah terpaksa akur berkongsi mata dengan Kuala Lumpur selepas Norhawa Md Yasin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-25 untuk perlawanan berakhir dengan satu sama.

 

KEPUTUSAN HARI INI

 

KUMPULAN A

SABAH 4

Usliza Usman 4’

Nurul Azurin Mazlan 18’ 25’

Shereilynn Elly Pius 56

SARAWAK 0

 

NEGERI SEMBILAN 0

ATM 4

Nurafini Kamarudin 17’

Nur Atikah Abdul Wahab 22’ 64’

Fatimah Mohamad 41’

 

PERLIS 0

SELANGOR 3

Siti Asnidah Zamri 51’ 62’

Zur’ain Kamarudin 67’

 

KUMPULAN B

MISC 7

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 17’

Haindee Mosroh 18’ 38’ 42’ 59’ 63’

Dadree Polinus 58’

PULAU PINANG 0

 

PERAK 1

Nur Haniza Saarani 38’

PAHANG 2

Puteri Noralisa Wilkinson 40’ 67’

 

KUALA LUMPUR 1

Norhawa Md Yasin 25’

KEDAH 1

Munirah Abdullah 13’

- Advertisement -