Pencarian bakat Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS oleh penganjurnya, Safe Aim Mutual Sdn Bhd akan bermula dengan objektif mencungkil bakat baharu untuk menyertai tiga kategori satu pengeluar (One Make Race) musim 2021.

Peluang ini terbuka kepada semua warga Malaysia berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun yang ingin menceburi dunia perlumbaan buat pertama kali.

“Pendaftaran ini merupakan langkah pertama bagi seseorang pelumba baharu untuk menyertai Kejuaraan Cub Prix PETRONAS. Sesiapa yang berminat hanya perlu mendaftar nama masing-masing. Pelumba-pelumba yang telah disenarai-pendekkan akan diminta hadir di sesi pemilihan seterusnya yang akan dianjurkan oleh pihak Honda dan Yamaha masing-masing,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran atas talian, semua pihak yang berminat dijemput melayari https://www.malaysiancubprix.com/rider-search-2021/.

Proses pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 15hb Februari 2021.

- Advertisement -