2016_Sukma_Games_LogoOleh Ku Mohd Lufti

Insentif keseluruhan berjumlah RM 650 000 disampaikan kerajaan Negeri Sarawak buat pemenang pemenang pingat yang terlibat di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 Julai lalu.

Kesemua atlet diraikan pada majlis yang dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Solidariti negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan ketua kontinjen, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kontinjen Boling muncul pasukan yang meraih ganjaran paling tinggi selepas memenangi 11 pingat emas dengan nilai insentif RM 163 750.

Manakala renang kedua tertinggi dengan jumlah RM 64 500 selepas meraih 6 pingat emas, 3 perak dan 4 pingat gangsa.

Dua sukan mempertahankan diri, Pencak Silat dan Taekwondo merupakan juara keseluruhan pula membawa pulang insentif berjumlah RM 52 000 dan RM 48 700.

Tan Sri Adnan nyata berpuas hati dengan komitmen dan dedikasi yang ditonjolkan oleh kesemua atlet dan jurulatih serta pegawai sokongan sepanjang temasya SUKMA.

“Kita menang kerana kamu semua ingin memberikan penghormatan kepada negeri. Kamu semua juga bersatu padu untuk menjadi yang terbaik biarpun datang daripada latar belakang kaum yang berbeza,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan insentif kemenangan.

Kerajaan negeri telah membelanjakan RM400 juta untuk membina prasarana baru atau menaik taraf kemudahan sedia ada untuk Sukma Ke-18.

Justerus atlet yang masih layak beraksi di SUKMA ke 19 di Perak diharapkan dapat menggunakan kemudahan yang ada untuk memastikan Sarawak muncul juara keseluruhan.

Sarawak menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kedudukan pingat dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Juara keseluruhan milik kontinjen Selangor yang mengumpul 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

- Advertisement -