Pasukan Selangor telah mengeluarkan arahan kepada pemain pemain The Red Giants untuk kekal di kediaman masing masing dan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman.

Jelas pengendalinya, B Sathinathan, ia merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) pasukan yang akan menjalani latihan selepas kerajaan memberi kebenaran untuk menjalani sesi latihan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

B Sathianathan yang ditemubual Astro Arena menjelaskan ia adalah peringatan keras yang diberikan kepada pemain pemain malah mereka perlu memberi laporan kepada pengurusan tentang aktiviti atau pergerakan semasa.

Pemain pemain dan barisan kejurulatihan Selangor hari ini turun menjalani ujian swab Covid 19. 

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengeluarkan arahan kepada semua pasukan dan kelab untuk menjalani ujian saringan Covid 19 dan menyerahkan SOP latihan sebelum dibenarkan menjalani latihan.

Kredit – Selangor FA

 

foto – Kedah FA

Di utara tanah air, Kedah turut menjalani swab test sebelum memulakan sesi latihan. Kedah akan melakukan dua sesi ujian sebelum dihantar kepada MFL untuk mendapatkan kelulusan bagi memulakan sesi latihan.

hanya pemain pemain yang mempunyai keputusan negatif bagi ujian Covid 19 sahaja dibenarkan menjalani latihan.

Lokasi pusat latihan bagi pasukan dan kelab juga perlu didaftarkan dengan MITI.

 

Pemain pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan turut menjalani ujian calitan (swab test) seperti yang disarankan oleh MFL sebelum memulakan sesi latihan.

Pemain hanya dibenarkan menjalani latihan secara berkumpulan tanpa melibatkan sebarang sentuhan dan tidak melebihi 10 orang dengan penjarakkan diantara 1 hingga 2 meter.

 

 

 

- Advertisement -