Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAFG) memberikan tempoh sehingga Oktober depan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2021, Vietnam untuk memutuskan status penganjuran temasya dwi tahunan ke 31 itu.

Segalanya terpulang kepada Vietnam samada mahu meneruskan penganjuran Sukan SEA yang sepatutnya berlangsung penghujung tahun ini ke tahun 2022 atau dibatalkan.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Abraham Tolentino menerusi laporan media antarabangsa menjelaskan, SEAGF mahu Vietnam membuat keputusan samada meneruskan pada 2022 atau temasya edisi ke 32 ini dibatalkan.

Mesyuarat dilangsungkan secara atas talian pada Jumaat lalu dan Tolentino menjelaskan Mei 2022 sebagai tarikh yang sesuai untuk menganjurkan temasya itu dan ia dipersetujui oleh kesemua 11 negara bertanding.

Malah, kalendar 2022 juga padat dengan pertandingan major selain kejohanan kejohanan antarabangsa termasuk yang menawarkan mata kelayakan ke sukan Olimpik Paris 2024.

Antara kejohanan major yang berlangsung pada 2022 Kejohanan Seni Mempertahankan diri Dalam Dewan Asia yang berlangsung di Thailand pada 10 – 20 Mac, Sukan Asia di Hangzhou, China (10-25 September) dan Sukan Remaja Asia, Shantou (20-28 Disember).

Sukan Olimpik Musim Sejuk, Beijing juga dijadual berlangsung dari 4 – 20 Februari selain kejohanan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang akan berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

Vietnam memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan SEA 2021 susulan pandemik Covid 19 yang melanda negara itu dimana kes harian yang dicatatkan berada diparas empat angka pada Ogos dan awal bulan ini.

Andai Vietnam memutuskan untuk membatalkan sukan SEA 2021, mereka perlu menunggu sehingga 2027 untuk kembali menjadi tuan rumah namun bergantung kepada dua negara, iaitu Laos atau Brunei Darussalam yang masih belum memberi kata putus untuk menjadi hos bagi tahun 2027.

Sementara Sukan SEA ke 33 pada 2025 akan dianjurkan di Thailand.

Dalam perkembangan lain tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja mengesahkan akan menganjurkan temasya edisi ke 32 sekitar bulan Februari selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

 

 

 

- Advertisement -