JUARA bertahanĀ SelangorĀ tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan seterusnya selepas melengkapkan saingan Kumpulan A Wanita dengan kemenangan besarĀ 4-0Ā ke atasĀ PerakĀ pada kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak (WANITA) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.Ā
Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih Selangor dengan menang kesemua tiga perlawanan untuk meraih 9 mata penuh dalam Kumpulan A diikutiĀ Ā Pulau Pinang di tangga kedua dengan 4 mata.Ā
Pulau PinangĀ sebelum itu meraih satu mata berharga apabila seriĀ 2-2Ā denganĀ TerengganuĀ tetapi sudah cukup untuk memastikan skuad Pulau Mutiara itu ke pusingan seterusnya.Ā
Pahang, Kuala LumpurĀ danĀ MelakaĀ masing-masing terikat dengan 6 mata selepas melengkapkan semua 3 perlawanan Kumpulan B dengan Pahang mendapat kelebihan berdasarkan jaringan dan perbezaan gol.Ā
PahangĀ melengkapkan kempen dengan kemenanganĀ 4-0 ke atas MelakaĀ menerusiĀ Ā jaringan Hanis Nadia Onn pada minit ke-15), Siti Zulaikha Hussain (minit 22), Nuraini Abdul Rashid (35) dan Wan Norfaiezah Md Saiuti (minit k-52).
Ketua pasukan Pahang Nuraini Abdul Rashid puas hati dengan komitmen rakan sepasukan dan berharap kejayaan itu akan semangat tinggi untu kberjaya di pusingan seterusnya.Ā
āSemua pemain telah berusaha sehabis mungkin untuk melayakkan diri ke pusingan XY. Harapan saya agar pemain terus fokus,ā kata Nuraini.Ā
Dalam satu lagi perlawanan,Ā Kuala LumpurĀ juga meraih kemenangan besar menewaskanĀ Sarawak 4-0Ā yang meletakkan skuad itu pada kedudukan keduaĀ Ā skuad itu dalam Kumpulan B.Ā
KEPUTUSAN PENUH (WANITA) 21 Sept
Kumpulan A:
Selangor mln Perak 4-0
Fatin Naimah Zaki (min-31, 50), Nur Atira Muhammad (14), Niramirah Shakirah Zulkifli (18)
Pulau Pinang mln Terengganu 2-2
Nur Aisyah Nasir (26), Niurmaizatul Hanim Syafi Sheik Fuad (min-53)
Ā
Kumpulan B:Ā
Kuala Lumpur mln Sarawak 4-0
Nur Zafirah Aziz (min 7), Nur Syaza Afiqah Safawi (23), Nur Airsha Mohd Asrul Effandi (26), Nur Azlin Sumantri (39)
Pahang mln Melaka 4-0
Hanis Nadia Onn (min 15), Siti Zulaikha Hussain (22), Nuraini Abdul Rashid (35), Wan Norfaiezah Md Saiuti (52)