Pemain Hoki Thailand, Chakan (kanan) terjatuh saat berebut bola dengan pemain Hoki Putra Malaysia, Saari (kiri) dan Hasan saat bertanding dalam babak penyisihan grup Hoki Putra Asian Games 2018 di Lapangan Hoki, Komplek Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu (22/8). Tim Malaysia unggul 10-0 dari tim Thailand. ANTARA FOTO/INASGOC/Dhoni Setiawan/pras/18

Pasukan hoki lelaki negara terus mempamer taringnya dalam saingan peringkat kumpulan selepas melakar kemenangan kedua, kali ini menundukkan Thailand 10-0 di Padang Hoki Gelora Bung Karno.

Aksi kedua kumpulan B, skuad kendalian Stephen Van Huizen ternyata mempamer aksi mantap untuk berpsta gol sekaligus mengukuhkan kedudukan.

Enam gol terhasil di suku pertama hasil jaringan Meor Azuan Hassan pada minit keenam, Faizal Saari (18′), Firhan Ashari (19′), Muhammad Razie Abdul Rahim (20′), Azri Hassan (27′) dan Muhammad Shahril Saabah, berselang seminit kemudian.

Penguasaan Malaysia berterusan apabila menambah empat lagi gol masing masing menerusi Amirol Aideed Arshad pada di minit ke-36, disusuli Muhammad Shahril Saabah (39′).

Manakala Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menambah derita Thailand menerusi gol ke sembilan untuk Malaysia di minit ke-43, sebelum Fitri Saari melengkapkan pesta gol Malaysia di minit ke-57.

Pingat emas bagi acara ini akan menjamin Malaysia untuk layak secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo, Jepun pada 2020.

- Advertisement -