Oleh Ku Mohd Lufti

Pelumba pasukan Terengganu Cycling (TSG) akan berkampung di Australia selama sebulan setengah  bermula Januari sebagai persiapan awal untuk menghadapi beberapa kejohanan besar bagi tahun 2017.

Adik beradik, Zambri dan HArrif  Saleh, Anuar Manan, Mohd Adiq Hussainie Othman, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki antara pelumba senior yang akan ke Australia untuk menjalai latihan pusat dibawah kendalian jurulatih baru, Jeremy Hunt.

“Kesemua pelumba tempatan dan import akan berlumba di sana kerana perlumbaan di Australia berlangsung dua hingga tiga kali dalam seminggu,” kata Zamri.

Turut sama ke Australia adalah Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, Muhd Zulhilmi Afif Ahmad Zamri dan Mohd Nor Umardi Rosdi.

Tambahnya lagi, selepas tamat latihan di Australia, pelumba pelumba akan dipecahkan mengikut perlumbaan yang akan disertai.

“Program Jeremy sudahpun dimulakan sejak November lalu, jadi kami sebagai pelumba akan mengikuti perancangan beliau.

“Dia (Jeremy Hunt) merupakan bekas pelumba daripada pasukan yang ternama (SKY), pengalamannya beraksi dengan pelumba pelumba terbaik dunia pastinya akan membantu kami kela,” katanya lagi.

Jeremy Hunt merupakan pakar pecut bagi pasukan SKY pada 2011 dan 2012 dan memainkan peranan untuk membantu Mark Cavendish khususnya di henjutan terakhir menuju ke garisan penamat.

- Advertisement -