Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengumumkan senarai rasmi nama 27 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-57 pada 13 Mac 2021 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025.

Terdahulu, kesemua 20 ahli gabungan FAM telah diberi masa selama 30 hari iaitu dari 13 Januari 2021 hingga 11 Februari 2021 untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Selepas tarikh akhir pada 13 Januari 2021, jumlah calon yang diterima adalah seramai 34 orang tetapi hanya 28 orang calon yang telah diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki enam orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 27, perenggan 4, Statut FAM Edisi 2020.

Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif memerlukan dua pencalonan.

Selepas tarikh akhir untuk calon-calon berkenaan mengembalikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan tersebut pada jam 5.30 petang semalam (Jumaat, 26 Februari 2021), 27 orang calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dinyatakan dan satu (1) telah menolak pencalonan beliau.

Pada masa yang sama, proses saringan integriti yang dilakukan oleh Unit Integriti FAM membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia telah mendapati bahawa kesemua 27 orang calon berkenaan lulus saringan tersebut.

Dilampirkan bersama siaran media, senarai rasmi nama 27 orang calon yang layak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 mengikut komposisi jawatan yang ditetapkan iaitu seorang Presiden, dua orang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden dan 10 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif termasuk dua kerusi diperuntukkan untuk wanita.

 

SENARAI NAMA CALON BAGI PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM UNTUK PENGGAL 2021 – 2025

1. PRESIDEN (1 kerusi)

NAMA CALON

  1. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin

 

2. TIMBALAN PRESIDEN (2 kerusi)

NAMA CALON

1.  Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

2. Dato’ S Sivasundaram 

 

3. NAIB PRESIDEN (4 kerusi)

NAMA CALON

1. Mohd Firdaus Mohamed

2. Datuk Rosmadi Ismail

3. Dato’ Posa bin Haji Majais

4. Mohd Joehari Mohd Ayub

5. Dato’ Sri Afandi Hamzah

 

4. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF (8 kerusi)

NAMA CALON

1. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

2. Dato’ Jefferey Low Han Chau

3. Christopher Raj Aralanthu

4. Dato’ Sri Shahril Mokhtar

5. Tuan ACP (B) Md Dali Wahid

6. Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar

7. Dato’ Aminuddin bin Omar

8. Saaran a/l Nadarajah

9. Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah

10. Dato’ Shaari bin Mat Hussain

11. Abdul Aziz Yeop Jamaludin

12. Tuan ACP Zulkefly Yahya

13. Syed Yazid Syed Omar

14. Datuk Muhammad Yadzan Mohammad

15. Mohd Firdaus Ahmad

16. Mohd Yusuri Yusof

17. Datuk Kamarudin Hassan

 

5. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA (2 kerusi)

NAMA CALON

1. Dato’ Suraya Yaacob

2. Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

- Advertisement -