Pemburuan pingat pertama bagi kontinjen Malaysia dimulakan pasukan polo negara yang bangkit daripada ketinggalan sebelum membenam Brunei Darussalam 8 – 5 ½ di pusingan ketiga ,Padang Polo Inogo Zobel, Calatagan, Batangas. 

Malaysia melakar dua kemenangan untu muncul naib juara dibelakang tuan rumah, Filipina yang mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan sekaligus bakal berentap bagi penentuan pingat emas/ perak pada Ahad ini.

Pencapaian ini jelas menggembirakan Pengurus skuad polo negara, Datuk Mohamad Zekri Ibrahim dan menganggap perlawanan final ibarat misi membalas dendam selepas tewas 5 – 8 1/2 di perlawanan kedua.

“Yang Mulia Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Sulaiman sekali lagi mempamerkan persembahan yang menakjubkan, dengan gandingan Amran Selamat, serta pemain berbakat besar, Abdul Rashid Hasnan yang berjaya membawa pasukan negara ke peringkat akhir,” jelas Mohamad Zekri.

Kemenangan ke atas Brunei bagaimanapun terpaksa dibayar dengan kehilangan seorang pemain, Syed Ahmad Saipulrudin Syed Mohd mengalami kecederaan lengan dan digantikan dengan Mohamed Shariezal Baserie.

Filipina dalam pada itu merekodkan kemenangan kedua berturut-turut setelah menang tipis enam berbalas 4 1/2, ke atas Indonesia pada satu lagi aksi pusingan awal di venue yang sama.

 

 

Dalam pada itu, skuad bola jaring negara mendominasi saingan selepas melakar kemenangan selesa ke atas Brunei Darussalam 69 – 23.

Hadir menyaksikan perlawanan, Chef de Mission Malaysia ke Sukan SEA, Datuk Megat Zulkarinain Omardin dan Timbalan CDM, Ahmad Faedzal Md Ramli

 

 

 

- Advertisement -