Pelari pecut negara, Muhd Haiqal Hanafi memastikan nama Malaysia kekal dalam senarai raja pecut Asia Tenggara selepas mengungguli saingan akhir 100 Meter lelaki di Sukan SEA ke 30.

Aksi final di Stadium Olahraga New Clark City menjadi tumpuan bagi perebutan gelaran jaguh pecut terbaik Asia Tenggara.

Permulaan yang baik dengan catatan 10.35 saat yang dilakar memastikan namanya dipahat selaku juara sekaligus meraih pingat emas.

Catatan yang dilakar 0.03 saat lebih baik berbanding jaguh pecut edisi 2017, Khairul Hafiz Jantan yang mencatat masa 10.38 saat ketika Sukan SEA edisi 29.

Dua pelari Thailand, Sowan Ruttanapon (10.49s) dan Bandit Chuangchai (11.84) masing masing merangkul pingat perak dan gangsa.

 

 

- Advertisement -