Persiapan kem badminton negara ke arah program latihan Road to Tokyo (RTT) sedikit terjejas selepas pemain bergu campuran, Shevon Lai disahkan menghidap demam denggi.

Meneruysi kenyataan media Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Shevon kini sedang menjalani rawatan di hospital.

ā€œBeliau dijangka direhatkan selama dua minggu dan akan menyertai kem latihan RTT sebaik sahaja pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.ā€ kata BAM dalam laman Facebook rasminya, semalam.

Kem badminton RTT akan melibatkan 56 individu yang terdiri daripada pemain, rakan sparing, jurulatih, pegawai dan kakitangan sokongan akan memulakan latihan pada 8 Jun di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, selepas mendapat kelulusan khas daripada kerajaan.

Shevon yang berpasangan dengan Goh Soon Huat, kini menghuni ranking ke-12 dunia dan ke-11 dalam ranking ā€œRace to Tokyoā€ ketika ini.Ā 

Persaingan memburu tiket ke Olimpik Tokyo 2020 turut melibatkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang di ranking ketujuh Race to Tokyo, manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berada di ranking ke-13.

 

- Advertisement -