tokyo.2020Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan atlet atlet negara itu akan diberikan kemudahan yang terbaik untuk memberikan persembahan yang mantap ketika negara itu menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik ke 32 empat tahun lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis ringkas dengan pegawai dan atlet Jepun di Rio bersama sama delegasi negara itu.

“Kerajaan Jepun akan berusaha keras untuk memastikan keadaan yang terbaik untuk atlet Jepun agar dapat memberikan yang terbaik di sukan Olimpik dan Paralimpik Jepun 2020 nanti. Kami juga akan bekerjasama dengan kalian untuk sebarang penambaikan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada atlet yang menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang beraksi di Sukan Olimpik Rio,” kata Shinzo.

Bandar Tokyo akan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik pada tahun 2020, malah kerajaan Jepun akan cuba melakukan yang terbaik meskipun dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak stabil.

Jepun menamatkan kempen Olimpik Rio 2016 dengan 12 pingat emas, 8 pingat perak dan 21 pingat gangsa, menamatkan saingan dikedudukan ke 6 keseluruhan dalam senarai pingat.

- Advertisement -