Litar Silverstone mengesahkan bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi dua perlumbaan Formula One musim ini.

Perbincangan telah diadakan diantara Formula One dan Kelab Pelumba British dan masih diteruskan ketika sukan itu sedang berusaha untuk mengharungi tempoh sepanjang pandemik Covid 19.

Musim 2020 tampak begitu sukar dengan tiga perlumbaan sah dibatalkan manakala tujuh lagi ditunda dan menanti tarikh baru atau turut berdepan pembatalan.

Rata rata penganjur tampak bersetuju untuk memulakan musim 2020 pada Julai dengan dua perlumbaan diadakan di Austria dan dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong.

Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle menjelaskan, katra sepakat hamoir dicapai melibatkan kedua dua pihak dan bersetuju untuk mengadakan dua perlumbaan tanpa kehadiran penyokong.

Malah, kesemua pelumba perlu menjalani proses kuarantin selama lima hari bagi setiap perlumbaan.

Namun segala keputusan terletak di tangan kerajaan pusat samada dipersetujui atau sebaliknya kerana keutamaan seluruha dunia ketika ini adalah keselamatan serta peraturan ketat yang digunakan bagi membendung Covid 19.

 

 

- Advertisement -