IMG-20160509-WA009

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan Malaysia meraih gangsa menerusi Siti Nur Adiba Akma Mohd Fuad dalam kategori junior wanita acara merentas desa (cross-country) sejauh 10.4 kilometer pada Kejohanan Lumba Basikal Bukit Asia 2016 (ACC MTB 2016) di Chai Nat, Thailand Sabtu lalu membuktikan kebangkitan sukan MTB di Malaysia yang suram tanpa sebarang cerita.

Adibah mencatat masa 37 minit 19 saat, untuk berpuas hati dengan gangsa manakala pelumba China, He Guangji dan pelumba tuan rumah, Nathalie Panyawan masing masing meraih pingat perak dan emas.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan kejayaan pelumba kelahiran Kedah itu menjadi bukti sukan MTB negara kembali di landasan tepat.

“Kita harus terus membantu pelumba muda ini. Dia tampil di Chai Nat dengan persiapan sederhana sesuai dengan belanjawan sedia ada. Ini membuktikan Siti Nur Adiba Akma memiliki karektor juara. Lagipun dia masih berusia 17 tahun dan akan terus bertanding dalam kategori junior dalam Kejohanan Lumba Basikal Bukit Asia 2017 di China nanti.

“Saya fikir Siti Nur Adiba Akma juga adalah calon pemenang pingat pada Sukan Sea 2019. Namun kita mesti terus membantu pelumba kelahiran Alor Setar ini agar impiannya terus mampu dikembangkan,” kata Datuk Abu Samah.

PKBM bagaimanapun tampak masih gagal untuk membangunkan sukan MTB meskipun banyak banyak penganjuran perlumbaan MTB diadakan oleh pihak pihak tertentu dalam mengembalikan minat orang ramai terhadap sukan ini.

Kecuali acara trek, PKBM tampak ‘senyap’ sehingga kini tanpa perancangan yang rapi untuk semua acara sukan berbasikal yang berada dibawah naungan PKBM termasuk program persiapan sukan SEA 2017.

- Advertisement -