Saingan badminton Slovenia International 2021 menyaksikan Siti Nurshuhaini Azman menjadi pemain tunggal negara dalam aksi perseorangan yang meneruskan cabaran selepas tamat hari kedua kejohanan.

Siti mara ke pusingan kedua dalam aksi perseorangan wanita selepas mengatasi cabaran pemain dari Poland, Zuzanna Jankowska dengan kemenangan straight set 21-6, 21-9.

Beliau juga turut beraksi dalam acara bergu dimana gandingannya dengan Khor Jing Wen  turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas berhempas pulas untuk menundukkan gandingan Denmark Clara Løber-Mette Werge straight set 21-18, 21-19.

Mengikuti jejak Jing Wen dan Shuhaini adalah dua lgi bergu wanita negara, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin dan Valerie Siow-Low Yen Yuan.

Pasangan kembar seiras, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin akan memulakan saingan pusingan kedua hari ini selepas mendapat bye di pusingan pertama.

Su Hui dan Su Yin akan menentang gandingan Indonesia, Mutiara Ayu Puspitasari-Ruzana Ruzana manakala Valerie Siow-Low Yen Yuan mara ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan Itali, Katharina Fink-Yasmine Hamza straight set 21-17, 21-16.

Valerie dan Yen Yuan akan menentang pasangan dari Belanda, Kirsten De Wit-Kelly Van Buiten.  

Sementara itu, dua bergu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri dan Goh Boon Sze-Beh Chun Meng turut mengesahkan slot ke pusingan kedua.

Arif dan Haikal paling cemerlang semalam apabila melakar kejutan selepas menundukkan pilihan ketujuh dari Denmark, Andreas Søndergaard-Jesper Toft straight set 21-16, 21-16.

Bergu negara akan bertemu pasangan Croatia Luka Ban-Filip Spoljarec hari ini.

Manakala gandingan Goh Boon Sze-Beh Chun Meng diberi kemenangan ‘walkover’ ke atas pasangan Croatia, Igor Cimbur-Zvonimir Durkinjak dan akan menentang pilihan keempat dari Republik Czech, Matěj Hubáček-Evít Kulíšek.

 

- Advertisement -