photo – www.sultanjohorcup.com.my

 

 

Juara bertahan, Great Britain merekodkan kemenangan kedua dalam saingan hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2019 apabila menewaskan Jepun 2-1 di Stadium Hoki Taman Daya, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Britain berjaya melunaskan dendam mereka selepas dimalukan dengan kekalahan 1-2 di tangan Jepun ketika pusingan awal edisi tahun lalu.

Gol kemenangan Britain dijaringkan Nicholas Park menerusi gol padang pada minit ke-47.

Terdahulu, Britain membuka tirai jaringan menerusi Loan Wall yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-13 tetapi Jepun bangkit menyamakan kedudukan hasil gol padang Kosei Kawabe minit ke-21.

ā€œIa perlawanan yang sengit. Saya beritahu kepada pemain yang mana dalam kejohanan ada masa mereka menang dengan permainan yang baik dan ada masa mereka akan berdepan kesukaran sebelum menang.

ā€œSituasi hari ini menyaksikan mereka berdepan sedikit kesukaran tetapi apa yang paling penting kami berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan ini.

ā€œDi awal perlawanan prestasi pemain agak menurun sedikit tetapi sebaik babak kedua bersambung, pemain kembali bertenaga dan bermain dengan lebih baik,ā€ kata jurulatih Britain, Jon Bleby yang menyaksikan anak buahnya menewaskan New Zealand 2-0 semalam.

Bagi Jepun, ini adalah kekalahan kedua buat pasukan itu selepas tewas kepada Australia 1-2 semalam.

Britain akan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan dengan menentang Australia pada aksi ketiga Selasa ini manakala Jepun bertemu India.

 

- Advertisement -