Penentuan kejuaraan bagi perseorangan wanita bakal ditentukan diantara Soniia Cheah dan Eoon Qi Xuan selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Soniia melengkapkan kemenangan ketiga berturut turut dalam kesemua perlawanan untuk kekal pendahulu kumpulan selepas menundukkan Lee Ying Ying straight set 21-18, 21-14 sekaligus bakal membuat perhitungan dengan Eoon Qi Xuan.

“Saya perlu mengubah cara permainan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada dia di final nanti.

“Masih banyak lagi perkara yang perlu saya perbetulkan terutama kesilapan kesilapan mudah dan mengawal permainan,” kata Soniia.

Qi Xuan pula melakar kemenangan ke atas K Letsahanaa juga dalam straights set 21-10, 21-11 sekaligus memintas Lee Ying Ying ke kedudukan kedua dengan dua mata.

Persaingan perseorangan lelaki pula semakin sengit dalam pemburuan dua kedudukan teratas.

Leong Jun Hao tampak semakin hampir untuk ke perlawanan final selepas melakar kemenangan kedua, menewaskan Ng Tze Yong straight set 21-17, 21-15.

“Peluang untuk saya masih ada. Menang atau tidak bukan perkara utama kerana saya mahu terus berjuang dan buat yang terbaik untuk ke final,” kata Jun Hao,

Perlawanan akan diteruskan pada sesi petang jam 4.00 petang untuk melangkapkan jadual perlawanan bagi saingan bergu lelaki, perempuan dan bergu campuran.

KEPUTUSAN PERLAWANAN – SESI PAGI

PERSEORANGAN WANITA

Sonia Cheah vs Lee Ying Ying (21-18, 21-14)

Eoon Qi Xuan vs K Letshanaa (21-10, 21-11)

 

PERSEORANGAN LELAKI

Ng Tze Yong vs Leong Jun Hao (21-17, 21-15)

 

- Advertisement -