Aksi pembukaan kejohanan badminton Spain Masters 2021 menyaksikan wakil perseorangan negara, Cheam June Wei mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas mengatasi lawannya dipusingan pertama hari ini.

June Wei turun berdepan Jeepe Bruun dari Denmark nyata tidak berdepan tentangan sengit apabila mendominasi sepanjang perlawanan.

hanya 25 minit diperlukan Cheam June Wei untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua dengan kemenangan straight set 21-9, 21-11 dan dijadual berdepan wakil Sweeden, Felix Burestedt yang merupakanpilihan kelapan kejohanan.

Mengikuti jejak June Wei, juara Terbuka Poland 2021, Ng Tze Yong yang melakar kemenangan straight set ke atas Raul Must dari Estonia.

Tze Yong memerlukan 38 minit untuk menunjukkan Raul jalan keluar dengan kemenangan straight set 21-14, 21-12 sekaligus bakal berdepan pilihan kedua dari Perancis, Toma Junior Popov.

Nasib berbeza dialami satu lagi wakil perseorangan lelaki, Leong Jun Hao apabila tewas kepada pemain Jerman, Max  Weisskirchen dalam aksi tiga set 16-21, 21-16, 23-21.

Sementara itu di Slovenia, lapan pemain remaja negara sedang beraksi di peringkat kelayakan untuk memburu slot ke undian utama.

- Advertisement -