TMJ

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiga calon, Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa, pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Tan Sri Tony Fernandes dan pemilik pasukan Liga Super, Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara calon yang dikaitkan dengan kerusi panas bagi calon Presiden FAM.

Daripada tiga calon ini, ramai yang menganggap Tunku Ismail paling layak untuk memimpin FAM susulan pencapaian yang dilakukannya terhadap Johor Darul Takzim.

Nama Tunku Ismail turut menjadi pilihan individu yang pernah berada di dalam kepimpinan FAM penggal lalu, Datuk Seri Subahan Kamal.

Selepas apa yang berlaku, Datuk Seri Subahan berpendapat, Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan perancangan bukan saja untuk memajukan skuad kebangsaan tetapi juga mampu membuktikan bola sepak tempatan sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan.

“Tunku Ismail bukan sahaja melihat daripada aspek kemenangan Johor, namun beliau juga melihat dari segi menaikkan taraf hidup pemain bola sepak tempatan.

“Saya rasa ini formula yang cukup penting yang boleh diguna pakai oleh FAM. Ketika ini, kita perlu mencari formula untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerjaya bola sepak itu sangat baik,” kata Datuk Seri Subahan Kamal.

Malah, Datuk Seri Subahan berpendapat, tidak perlu untuk berada di kerusi presiden untuk menyumbang dalam ‘mengembalikan’ dan membentuk semula FAM ke arah yang lebih baik.

- Advertisement -