Pemain sepak takraw putra Indonesia memberikan penghormatan kepada penonton saat pertandingan penyisihan tim beregu putra cabang olahraga sepak takraw Asian Games 2018 di GOR Ranau, Jakabaring Sport City (JSC), Palembang, Sumatera Selatan, Senin (20/8). ANTARA FOTO/INASGOC/

Pingat gangsa Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 sudah berada di dalam genggaman regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia berikutan kejayaan melangkah ke separuh akhir selepas menumbangkan Korea Selatan 3-0 pada Ahad.

Malaysia muncul naib juara Kumpulan A di belakang Thailand dan kejayaan berada di kelompok empat terbaik juga bermakna pasukan negara mengulangi pencapaian empat tahun lalu di Incheon.

Ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad bagaimanapun mengakui mereka tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian itu dan menuntut pemainnya berusaha sedaya upaya merubah warna pingat dengan melangkah ke perlawanan akhir.

Tugasnya bukan mudah kerana menanti mereka di separuh akhir nanti adalah tuan rumah, Indonesia yang mara selaku juara Kumpulan B setelah menewaskan India 21-13, 21-10 pada Isnin.

ā€œKita bukan sahaja berdepan regu mereka semata-mata, tetapi juga penyokong mereka yang kita ketahui begitu fanatik. Ia satu yang sangat mencabar dan di sinilah ketahanan mental akan betu-betul diuji. Pemain-pemain perlu tahu cara untuk menangani dan mengatasinya,ā€ ujar Abdul Talib.

Pertembungan ini juga bakal membuka ruang kepada regu negara untuk membalas dendam kekalahan memalukan kepada Indonesia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ketika itu, Malaysia tewas mengejut 1-2 kepada Indonesia yang sekaligus meranapkan impian untuk menamatkan kemarau emas 26 tahun dalam acara regu berpasukan.

Untuk rekod, pingat emas acara ini di Sukan Asia disandang oleh Thailand. Thailand akan berdepan India dalam satu lagi aksi separuh akhir.MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -