Penganjur Sukan SEA 2021, Vietnam hanya akan memberi kata putus berhubung senarai 36 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada bulan November depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Norza Zakaria menjelaskan, Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang berlangsung selama dua hari belum menetapkan sukan sukan yang akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA ke 31.

Mesyuarat SEAGF, wakil MOM adalah Datuk Seri Norza Zakaria, Timbalan Presiden, Datuk Seri Azim Zabidi dan Setiausaha Agung Datuk Mohd Nazifuddin Najib

Majlis Olimpik Vietnam (VOC) telah menerima rayuan untuk menyenaraikan 22 jenis sukan di temasya itu nanti.

Daripada jumlah tersebut, 11 jenis sukan yang berada dalam senarai rayuan OCM atas permintaan persatuan sukan terbabit diterima VOC.

Ini bermakna, Vietnam masih mengekalkan keputusan mereka untuk menganjurkan 36 jenis sukan di temasya edisi 31 itu.

Pemilihan sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA terletak di tangan tuan rumah berdasarkan kemampuan mereka berdasarkan venue yang ada, peruntukkan yang ada samada menaik taraf atau membina venue baru serta kos pentadbiran dan pengurusan.

Setakat ini, juara keseluruhan edisi ke 30, Filipina ‘paling sibuk’ bersuara dimana mereka meminta tuan rumah edisi ke 31 untuk menambah jumlah sukan kerana bimbang matlamat mereka untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis susulan pengguguran sukan sukan yang sering kali menjadi lubuk emas antaranya arnis dan tarian.

Malah, mesyuarat juga bersetuju untuk menerima cadangan Vietnam yang  mahu menyenaraikan sukan tradisional seni mempertahankan diri negara itu, “Vocutruyen” di temasya itu namun ia bukan berada di dalam senarai sukan yang dipertandingkan.

 

Sukan yang dicadangkan oleh Vietnam

1. Olahraga

2. Akuatik

3. Memanah

4. Badminton

5.a. Bola Keranjang (5×5)

5.b. Bola Keranjang (3×3)

6. Billiard & Snooker

7. Tinju

8. Kayak

9.a. Catur

9.b. Xiangqi (catur tradisional Cina)

10.a. Berbasikal (lebuhraya)

10.b. Berbasikal (bukit / MTB)

11. Sukan Tarian

12. Pedang

13.a. Bolasepak

13.b. Futsal

14. Golf

15.a. Gymnastics Artistik

15.b. Gymnastics Seirama

15.c. Gymnastics Aerobik

16. Bola Baling

17. Judo

18. Karate

19. Muay

20. Pencak Silat

21. Petanque

22. Rowing

23. Sepak takraw

24.a. Shooting – Pistol

24.b. Shooting – Rifle

24.c. Shooting – Shotgun

25. Ping Pong

26. Taekwondo

27. Tennis

28.a. Bola Tampar – Tertutup / Dalam dewan

28.b. Bola Tampar – Pantai

29. Angkatberat

30.a. Gusti – Greco Roman

30.b. Gusti – Freestyle

31. Wushu

32. Finswimming

33. Bina Badan

34. Kurash

35. Kick Boxing

36. Vovinam

 

Sukan yang diterima selepas proses rayuan

1. Hoki dalam dewan
2. Bowling
3. Pelayaran
4. Kriket
5. Papan selaju (Skateboarding)
6. Sambo
7. Floorball
8. Bolajaring
9. Boling Padang
10. Skuasy
11. Ragbi 7 sebelah
12. Muay
13. Triathlon
14. Taekwondo ITF
15. Lumba Bot Tradisional
16. Jujitsu
17. E-Sports
18. Arnis
19. Lari Berhalangan
20. Kempo
21. Teqball
22. Soft Tennis

- Advertisement -