Malaysian Football League (MFL) mengesahkan saingan tarikh penyambungan Liga Malaysia musim 2020 masih kekal dalam perancangan iaitu pada 26 Ogos 2020

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Dhani Hassan telahpun menghubungi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan mengesahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keputusan untuk membenarkan kejohanan kontak penuh seperti bola sepak bermula 15 Ogos 2020 masih kekal.

ā€œKeputusan untuk menyambung semula Liga Malaysia seperti dirancangkan adalah kekal, tiada perubahan setakat ini di mana semua pasukan Liga Malaysia kini sedang giat melakukan persiapan rapi,ā€ katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Pada 17 Julai lalu, MFL memutuskan Liga Malaysia 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akibat penularan pandemik COVID-19 akan kembali bersambung pada 26 Ogos dengan aksi serentak CIMB Liga Super dan Liga Premier manakala saingan TM Piala Malaysia akan bermula pada 17-18 Oktober depan.

Bagaimanapun perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC dengan Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan akan dimainkan pada 22 Ogos 2020.

Dalam masa yang sama, Datoā€™ Ab Ghani mengingatkan kepada pemain, pegawai dan semua pihak yang terlibat mengikuti SOP serta mengekalkan momentum seperti sesi latihan Fasa 1.

Ini kerana beliau optimis dengan mematuhi arahan SOP dan menuntut disiplin tinggi daripada semua pihak untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 adalah selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman baru baru ini sebagai usaha untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

 

- Advertisement -