Sukma XVII Perlis 2014 LogoPULAU PINANG kini diakui kuasa karatedo tempatan dalam Sukan Malaysia Perlis 2014 apabila mengakhiri aksi di gelanggang karatedo Pusat Matrikulasi Arau dengan keseluruhan 8 emas, selepas menambah 2 lagi emas pada hari terakhir sukan itu, hari ini.

Dua pingat emas yang disumbangkan untuk kontinjen itu adalah menerusi Chew Han Tiong dalam acara final kumite -84kg lelaki dan Thor Sin De (kumite +68kg wanita) hari ini melengkapkan penguasaan 8 emas, 1 perak dan 5 gangsa dari skuad yang dibimbing jurulatih dari Iran, Yusoff Ataei dan Yap Beng Hee itu.

Chew ketika ditemui berkata, kejayaan pada SUKMA XVII ini juga menebus kehampaan skuad negeri itu yang hanya memungut 5 emas di Pahang 2012.

“Memang gembira kerana ini satu pencapaian yang membanggakan, bukan saja bagi sukan karatedo tetapi juga keseluruhan atlet Pulau Pinang.

“Dulu (Pahang 2010), kami hanya menang satu emas menerusi acara kumite tetapi kini kami menang 4 emas. Ini membuktikan kerja kuat dan semangat sepasukan kami berhasil membawa kejayaan.

“Bukan mudah untuk memenangi keseluruhan 8 emas, 1 perak dan 5 gangsa tetapi kami juga perlu meneruskan usaha untuk mempertahankan kedudukan ini,” kata Chew yang menewaskan R Navindran dari Perak dalam aksi final -84kg lelaki dengan mata 6-0.

Sebelum itu, Thor yang berdepan S Lenugajothi dari Negeri Sembilan dalam acara final kumite wanita +68kg, menewaskan lawannya 5-1.

Menurut Hew, sejak pencapaian kurang memberangsangkan di Pahang 2010, atlet karatedo negeri itu menjalani latihan berterusan termasuk menyertai pelbagai kejohanan untuk menimba pendedahan dan pengalaman.

Selain dua emas daripada empat yang dipertandingkan pada hari terakhir karatedo, Brunei dan Wilayah Persekutuan masing-masing menambah sebutir emas untuk kontinjen masing-masing.

Christina Edris (Wilayah Persekutuan) menewaskan N Kanagaletchumi dari Terengganu, 2-0 dalam final kumite -68kg wanita manakala Md Izzuddin Irfan Fadzil menundukkan Julius Goh 9-2 dalam final lelaki +84kg.

- Advertisement -