syaidatul_afifah_big

Oleh Muhammad Aiman

Pemain boling elit negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi memulakan misi mempertahan kejuaraan Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia dengan langkah kanan apabila menamatkan saingan pusingan pertama kategori Masters Terbuka Wanita final di kedudukan kedua.

Meskipun tersisih selama hampir dua bulan akibat kecederaan belakang, atlet kelahiran Perak itu tampil dengan prestasi meyakinkan untuk mencatat 1,828 jatuhan pin, 16 pin di belakang atlet Singapura Bernice Lim yang membuat 1,844 jatuhan pin.Ā  Ā 

Bercakap kepada pemberita selepas tamat aksi pada Jumaat, Syaidatul berkata, ā€œSaya bermula dengan baik pada awal perlawanan tadi cuma pada saat akhir, lebih kurang pada pusingan kelima saya rasa ā€˜laneā€™ sudah mula licin dan perlu sedikit perubahan pada balingan.

ā€œBagaimanapun saya tetap bermain seperti biasa dan gembira dengan keputusan hari ini, ia adalah satu catatan yang baik dan ada peningkatan,ā€ ujarnya.

Walaupun kejohanan kali ini kurang menerima penyertaan dari pemain terbaik dunia yang lain, Syaidatul tetap menjangkakan aksi yang lebih sengit terutamanya dari atlet Singapura pada pusingan kedua yang akan berlangsung pada Sabtu sambil menjelaskan tumpuannya hanyalah untuk memberikan yang terbaik pada setiap permainan dan tidak mahu terbawa-bawa dengan status selaku juara bertahan.

ā€œTanpa pemain terbaik dunia, tidak bermakna saingan menjadi tidak menarik atau kurang sengit, atlet lain turut memberikan cabaran sengit dan yang penting adalah jatuhan pin. Saya tidak boleh tolak saingan tetapi yang penting adalah saya fokus untuk beri yang terbaik,ā€ jelas Syaidatul.

Selain Syaidatul, turut melepasi cabaran pusingan pertama adalah Radin Nur Najwa Arifah Radin Zulfakar, Nora Lyana Nastasia Norkamal dan Natasha Roslan.

Sementara itu bagi aksi kategori lelaki, aksi pusingan pertama menjadi milik juara bertahan, Park Jong Woo yang mencatatkan 1,865 jatuhan pin manakala Tommy Jones dari Amerika Syarikat berkesudahan di tempat kedua, ketinggalan hanya empat pin di belakang.

Atlet lelaki negara yang melepasi aksi pusingan pertama adalah Adrian Ang, Alex Liew, Tun Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Muhd Nur Aiman Khairuddin.

- Advertisement -