2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Juara baru Kejohanan Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2016 bagi kategori bergu wanita milik pasangan dari China, Tang Yuanting dan Yu Yang.

Bergu ranking ke 7 dunia ini tidak berdepan masalah untuk menundukkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan Jung Kyung eun – Shin Seung Chan.

Walaupun berdepan kesukaran untuk membiasakan keadaan angin, namun sepanjang 40 minit perlawanan, Yuanting dan Yu Yang mampu untuk mengawal permainan dengan baik.

Permainan rali panjang menjadi pilihan buat kedua pemain ini untuk memerangkap lawan sekaligus meraih kemenangan straight set 21-11, 21-17.

Finalis All England ini tampak berpuas hati dengan trofi sulung bagi tahun ini selepas 4 kali berada di pentas final.

“Ini adalah perlawanan pertama dengan bergu Korea Selatan ( Jung Kyung Eun – Shin Seung Chan). Kami menghadapi kesukaran untuk bermain kerana perlu menyesuaikan diri dengan keadaan angin yang agak kuat. Ini adalah pengalaman yang pertama kami lalui. Masih banyak lagi yang perlu dikaji selepas ini kerana keserasian diantara kami berdua masih belum di tahap terbaik,” kata Yuanting.

- Advertisement -