Selepas bergelar gandingan profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin meneruskan kempen Perodua Malaysia Masters 2020 selepas mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir.

Meskipun tidak diletakkan sebagai gandingan pilihan Aaron Chia-Wooi Yik yang juga naib juara edisi lalu mempamer aksi tersendiri ketika turun berdepan pilihan kelapan dari China, Han Cheng Kai-Zhou Ha Dong.

Dua pertemuan terdahulu nyata memihak Cheng Kai-Ha Dong, namun cerita berbeza di saingan Super 500 apabila mendominasi gelanggang dengan cemerlang.

Aaron dan Wooi Yik tidak memberi ruang yang mudah kepada lawan untuk menraih mata sebaliknya beraksi dengan cukup bersemangat didepan penyokong tempatan yang memberi sokongan untuk memastikan kemenanga straight set 21-13, 21-18 sekaligus melangkah ke pusingan suku akhir.

“Mereka cuba untuk memerangkap kami dengan permainan didepan jaring tetapi kami cuba bersabar dan menggunakan corak rali panjang. 

“Sudah tentu kami akan sentiasa memburu kemenangan, tetapi kami perlu fokus satu perlawanan demi satu perlawanan,”

 

 

Tambah Ong Yew Sin lagi selepas bergelar pemain profesional, beliau dan Wooi Yik perlu memastikan keputusan yang positif untuk menarik minat penaja penaja.

Bagi mereka, keputusan disetiap kejohanan adalah penting kerana ia akan menambat minat mana mana penaja yang ingin membantunya dalam misi memburu slot ke Olimpik Tokyo 2020

 

 

Mengulas tentang kemenangan mereka di pusingan kedua ini adalah atas perbincangan dengan bekas pemain bergu lelaki negara, Tan Boon Heong yang banyak membantu untuk menyusun strategi bagi memastikan kemenangan menjadi milik Yew Sin-Ee Yi sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir.

 

 

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir selepas dijadual berdepan gandingan Korea Selatan yang beraksi di pusingan kelayakan, Kim Gi Jung-Lee Young Dae diperingkat suku akhir esok.

Kim Gi Jung-Lee Young Dae melakar kemenangan ke atas pilihan keempat dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda straight set 21-15, 21-17.

- Advertisement -