Kem bergu negara di kejohanan badminton Terbuka Austria terus mantap apabila dua bergu mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir awal pagi tadi.

Bergu wanita, Anna Cheong-Yap Cheng Wen menjadi bergu ketiga yang mara ke separuh akhir selepas mengatasi cabaran pasangan dari Poland, Dominika Kwasnik-Kornelia Marczak dengan kemenangan straight set 21-13, 21-13.

Mereka akan berdepan gandingan Sepanyol, Clara Azurmendi-Beatriz Corrales untuk memburu slot ke final sekaligus menentang pemenang diantara pilihan keempat dari Switzerland, Aline Müller-Jenjira Stadelmann dan gandingan Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Serena Kani.

Mengikuti jejak Anna-Cheng Weng, pasangan bergu lelaki, Wan Ariff Wan Junaidi-Haikal Nazri yang dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan gandingan Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard.

Tewas 18-21, di set pertama, Ariff dan Haikal bangkit dengan aksi ytang lebih aggresif untuk menang dua set berikutnya 21-19, 21-12 sekaligus berdepan satu lagi pasangan Denmark, Mads Pieler Kolding-Frederik Søgaard di separuh akhir nanti.

- Advertisement -