rugby

Oleh Ku Mohd Lufti

Buat Julung Kalinya Terengganu bakal menganjurkan Kejohanan ragbi 7 Sebelah Kebangsaan pada 6 dan 7 Ogos ini yang bakal melibatkan penyertaan 29 pasukan negeri terdiri pasukan Senior dan bawah umur 19 dari seluruh negara.

Kejohanan anjuran Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, PRNT dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kesatuan Ragbi Malaysia, KRM itu turut menawarkan hadiah wang tunai Dua-Ribu Ringgit untuk pasukan yang menjuarai kejohanan Cup Senior.

Menurut Yang Dipertua Persatuan PRNT, Amir Amri Muhammad, kejohanan selama dua hari itu bakal dilangsungkan di padang Veneu kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Bagi kategori Senior, 16 pasukan pasukan negeri telah mengesahkan penyertaan, termasuk pasukan Angkatan Tentera, ATM, Polis Diraja Malaysia PDRM dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini merupakan sejarah kali pertama Negeri Terengganu menjadi tuan rumah. Alhamdulillah dengan kepercayaan itu, kita di pihak persatuan ragbi negeri Terengganu akan cuba memberi satu penganjuran yang terbaik untuk memertabatkan lagi ragbi di negeri Terengganu.” Kata Amir Amri

Beliau yang juga Naib Presiden KRM berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa PRNT, membincangkan tentang persiapan kejohanan tersebut di Kuala Ibai, Kuala Terengganu baru baru ini.

Pada kejohanan dua hari itu, PRNT bakal menurunkan Skuad Senior dan pasukan bawah 19 tahun Terengganu yang disasarkan untuk layak ke final Cup dalam kategori masing-masing.

Beliau yang juga baharu dilantik KRM sebagai Pengurus Pasukan Ragbi Kebangsaan berkata, Kejohanan tersebut juga bakal menjadi medan kepada pemilihan pemain untuk persiapan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

- Advertisement -