swimming

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad renang negara menamatkan jelajah ke Eropah dengan keputusan yang mengecewakan setelah tiada seorang pun berjaya layak ke podium pada cabaran akhir Siri Jelajah Mare Nostrum di Barcelona, Sepanyol pada Ahad.

Perenang Welson Sim yang akan mengisi slot ke Olimpik, mencatat masa terbaik negara selepas menamatkan cabaran di tempat keenam daripada 13 perenang dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki dengan masa 15 minit 32.67 saat.

Walaupun gagal meraih podium, Welson Sim berjaya memperbaiki catatan terbaik beliau iaitu 15:35.63 saat, pada Terbuka Malaysia, Mei lepas.

Perenang British, Stephen Milne merangkul pingat emas dengan catatan masa 15:12.33 saat manakala Marcelo Acosta El Salvador di tempat kedua (15:15.20 saat) diikuti oleh rakan sepasukan Stephen, Timoth Shuttleworth di tempat ketiga (15:16.09 saat).

- Advertisement -