Gavin Green
Gavin

Oleh Ku Mohd Lufti

Pengarah Program Podium Tim Newenham meletakkan sasaran kepada atlet atlet negara yang akan beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro untuk mengekalkan fokus dan bersedia sepanjang masa.

Ini kerana, tidak kira atlet yang layak secara merit atau menerusi tiket wildcard, apa sahaja mampu berlaku, justeru sikap positif juga dituntut Newenham.

“Matlamat setiap atlet adalah menyamai atau mengatasi pencapaian terbaik mereka. Jika mereka mampu melakukan catatan peribadi terbaik, pastinya ia merupakan sesuatu diluar jangkaan dan ini adalah keputusan yang terbaik daripada kontinjen Malaysia,” kata Newenham.

Malah, Newenham juga mengingatkan sasaran itu bukan sahaja untuk atlet yang layak secara merit, tetapi kepada yang layak secara tiket wildcard .

“Atlet atlet perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan jangan fikir segala perancangan. Sentiasa bersedia dan kekalkan fokus.” Katanya lagi.

Newenham antara yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Teknikal Majlis Olimpik Malaysia hari ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar turut mengesahkan 32 atlet negara layak beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016.

Atlet pecut 100 Meter wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli dan perenang negara, Phee Jing En (gambar utama) merupakan atlet terakhir yang mengisi slot wildcard.

Semalam, empat pemain golf, Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan dan Michelle Koh merupakan atlet terakhir yang layak ke Rio secara merit.

Sejak penyertaan sulung Malaysia ke Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia, penyertaan paling ramai bagi kontinjen Malaysia adalah ketika 1964 di Tokyo, Jepun dengan 64 orang.

- Advertisement -