TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2023 bakal membuka tirai secara rasmi bermula 3 Ogos hingga 19 Ogos 2023 dengan 28 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita berusia bawah 19 tahun akan merebut kejuaraan yang dipertaruhkan bagi musim ini.

Sebanyak 140 perlawanan akan berlangsung sepanjang liga dan musim ini juga menyaksikan empat venue bakal digunakan selaku venue rasmi dengan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil merupakan venue bagi kategori Lelaki Divisyen 1 serta aksi final bagi semua kategori. 

Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka, pula merupakan venue bagi Kategori Lelaki Divisyen 2, Zon Selatan dan Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang, bagi Kategori Lelaki Divisyen 2, Zon Utara sementara Stadium Hoki KPM Lembah Pantai, Kuala Lumpur bagi kategori Wanita.

TNB MJHL 2023 juga akan menjadi platform bagi barisan kejurulatihan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan untuk menilai pemain yang mungkin boleh diserap masuk ke Pasukan Remaja Kebangsaan sekaligus berpeluang untuk beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, Kuala Lumpur 2023 yang akan berlangsung pada 5 Disember hingga 16 Disember 2023.

Bagi Kategori Lelaki Divisyen Satu, penyertaan daripada dua pasukan yang muncul selaku Juara dan Naib Juara Divisyen dua (2022) iaitu DBKL HT dan SSBJ Junior menjadikan keseluruhan pasukan yang bersaing pada musim 2023 sebanyak 10 pasukan.

18 pasukan akan bersaing di saingan Lelaki Divisyen Dua sementara bagi Kategori Wanita, 16 pasukan telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan empat pasukan dalam setiap kumpulan. Musim 2023 juga menyaksikan kelibat empat pasukan baru dalam Divisyen 2 Lelaki sementara tujuh pasukan baru bagi Kategori Wanita.

Dalam satu sidang media yang berlangsung hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu turut memperkenalkan Cik Norakma Hashim selaku Pengarah Kejohanan dan akan dibantu oleh Penolong Pengarah Kejohanan iaitu En. P. Kuganeson.

 

Berikut merupakan senarai 44 pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2022

LELAKI

DIVISION 1
GROUP A   GROUP B
SSBJ THUNDERBOLTS   SSTMI THUNDERBOLTS
AHP-SSP-MSP-THUNDERBOLTS   SMKDBL/ PHJ/ MSNJ
SSTMI JUNIORS   PHS-MSNS-SSMS SABAH
ANDERSON THUNDERBOLTS   MBPJ BLACK WIDOW
DBKL HT   SSBJ JUNIOR

 

DIVISION 2 GROUP A (NORTH)
GROUP A   GROUP B
MSSPP-PSHA   MSN PERLIS JR
SSMS RESILIENT   MBI/ ANDERSON JUNIORS
ANDERSON/ KPP FELCRA   AHP-MSSP JR
 **JM HAWKS   ** JM HAWKS EYAS

 

DIVISION 2 GROUP B (SOUTH)
GROUP A   GROUP B
PPHT THUNDERBOLTS   SSN PREDATOR BOYS
** MALACCA HIGH SCHOOL HT   KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND RECREATION CLUB
TBSS/ PHNS   FRANCISCAN HOCKEY CLUB
SSN ZA’BA/ R2S   SMIDIN-MSNT
CSHC-KLSS   ** KELAB HOKI PAYA RUMPUT

 

WANITA

GROUP A   GROUP B
SSTMI PKS UNITEN   MBPJ BLACK WIDOW
** CS HOCKEY TEAM-GIRLS   ** SMK GUNUNG RAPAT/ MSSPK
SMIDIN-MSNT   ** SSN KEDAH
** SMKSMAB/ PPDKS/ MSNK/ KHA   ** SOUTHERN/ PHJ/ MSNJ

 

GROUP C   GROUP D
KUALA LUMPUR SPORT SCHOOL (KLSS)   SSNP-MSP PKS UNITEN
WIPERS BNHC KL   MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA-PKS UNITEN
SSTMI GIRLS JUNIORS   ** SSN PREDATOR GIRLS
** JM AURORA HAWKS   NEGERI SEMBILAN

 

** Pasukan baru musim 2023

- Advertisement -