foto – Majlis Sukan Negara Malaysia

 

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi keutamaan di mata Menteri Belia dan Sukan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Baginya, segala persiapan yang telah dirancang ke arah misi memburu emas pertama di  Olimpik Tokyo 2020 akan tetap diteruskan.

“Keutamaan kami bagi tempoh jangka masa pendek ketika ini adalah emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo. Sememangnya ini adalah idaman dan impian rakyat Malaysia untuk melihat kita memenangi emas pertama di Olimpik,”kata Reezal.

Tambahnya lagi, tidak ada lagi perancangan atau hala tuju yang telah dirancang memandang hari ini adalah hari pertama beliau melaporkan diri di Menara KBS.

Tambah beliau, program pembangunan E-Sukan turut akan diteruskan.

Datuk Seri Reezal Merican melapor diri di Menara KBS pukul 12.55 tengah hari bersama timbalannya, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau disambut oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Dr. Waitchalla R. R. V Suppiah sebelum dibawa ke aras 17, yang menempatkan Pejabat Menteri.

 

- Advertisement -