Perlawanan terakhir peringkat kumpulan A saingan bergu wanita menyaksikan Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean melakar kemenangan straight set ke atas pasangan Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith.

Meskioun sudah tersingkir daripada perebutan untuk ke peringkat suku akhir, namun Mei Kuan dan Meng Yean tetap memberikan pertarungan yang sengit untuk meraih kemenangan.

Seperti yang dijangka, bergu Great Britain tidak memberi laluan mudah untuk bergu negara mencari peluang terbuka.

” Kami berdua memang mahu berikan yang terbaik kerana ini adalah perlawanan terakhir. Terima kasih kepada semua dan keluarga yang memberi sokongan,”kata Lee Meng Yean menerusi temubual di Astro Arena selepas perlawanan.

Namun Mei Kuan dan Meng Yean tampak sudah mampu membaca corak permainan Chloe dan Lauren mengekalkan fokus sepanjang 44 minit untuk memastikan kemenangan 21-19, 21-16.

Tamat tiga perlawanan peringkat kumpulan A, Choe Mei Kuan-Lee Meng Yean menghuni tangga ketiga dibelakang dua bergu yang telahpun mengesahkan slot ke suku akhir, Greysia Polli-Apriyani Rahayu (Indonesia) dan bergu tuan rumah, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

Ini merupakan penampilan sulung bergu negara wanita ini di pentas Olimpik. 

Hanya satu sahaja wakil negara yang akan beraksi petang ini; bergu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan menentang bergu dari Kanada Jason Ho- Nyl Yakura 

Manakala perseorangan wanita, Soniia Cheah diberi kemenangan percuma secara walked over selepas pemain Hungary, Laura Sarosi menarik diri akibat kecederaan.

 

 

 

 

- Advertisement -