Chris Froome yang ditemui pada sidang media pasukan barunya Israel Start Up Nation (ISN) dimana beliau mensasarkan gelaran kelima Tour De France.

Pemenang empat kali Tour De France itu, telah berpindah dari Ineos ke ISN—yang ditaja oleh jutawan Israel-Kanada Sylvan Adams—dalam usahanya untuk berada dalam kelompok elit yang diketuai Eddy Merckx dengan lima kemenangan.

Kali terakhir Froome, 36, memenangi gelaran itu pada tahun 2017 dan kini telah kembali ke persada berbasikal dari kemalangan ngeri tahun lepas yang dialaminya menyebabkan beliau patah paha, siku dan tulang belakang.

Tambahnya, umur hanyalah satu persepsi dan menjelaskan cara pemakanan serta sukan telah berkembang sejak kebelakangan ini dan ini memberi peluang untuk seseorang atlet untuk terus berkecimpung dalam  acara sukan walaupun umur berlanjutan.

Dalam pada itu, Froome turut menyatakan walaupun meninggalkan pasukan Ineos adalah satu pertaruhan, tetapi kemenangan Tadej Pogacar tahun lepas untuk pasukan UAE memberi inspirasi kepadanya.

Sebelum kemalangan itu, Froome pernah menyatakan hasratnya untuk menyamai rekod lima kemenangan Tour de France yang disandang oleh Merckx, Jacques Anquetil, Bernard Hinault dan Miguel Indurain.

Froome telepas dari senarai pasukan Ineos Tour de France 2020 tetapi berjaya menyelesaikan Vuelta a Espana.- Oleh Siti Zafirah Kamal

- Advertisement -