Pemain perseorangan muda negara, S Kisona antara tujuh wakil negara yang mara ke pusingan kedua Toyota Terbuka Thailand yang membuka tirainya hari ini di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Kisona yang juga pemenang pingat emas sukan SEA 2019 Filipina melakar kemenangan straight set 21-10, 21-7 ke atas pemain Mesir, Doha Hany dan akan berdepan pilihan keenam dari India, Pusarla V Sindhu di pusingan kedua.

Seorang lagi perseorangan wanita negara, Soniia Cheah bagaimanapun tewas kepada pemain Korea Selatan, Sung Ji Hyun 9-21, 14-21.

Dalam aksi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tewas kepada Sameer Verma dari India dalam aksi tiga set 21-18, 25-27, 19-21.

Wakil tunggal bergu wanita yang beraksi hari ini, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen mencatat kemenangan straight set ke atas gandingan England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-14, 21-14.

Sementara tiga bergu lelaki negara mengesahkan slot ke pusingan kedua.

Turun selaku pilihan kelapan, Aaron Chia-Soh Wooi YikĀ  tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan muda Thailand, Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham 21-10, 21-18.

ā€œKemenangan ini pastinya memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus lebih cemerlang pada pusingan seterusnya,ā€ kata Wooi Yik.

Sementara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan gandingan tuan rumah, Nipitphon Phuangphuapet-Tanupat Viriyangkura 19-21, 21-13,Ā 21-19.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula mara ke pusingan kedua dalam saingan bergu campuran selepas lawan mereka dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae terpaksa menarik diri daripada meneruskan saingan di set pertama ketika sedang mendahului 6-2.

Nasib berbeza dialami bergu muda lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tewas kepada pasangan tuan rumah, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-13, 13-21, 17-21.

Bergu campuran pula menyaksikan Goh Soon Huat- Shevon Lai Jemie mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas mengatasi wakil Perancis Ronan Labar-Anne Tran 21-15, 21-15

Turut mengesahkan slot ke pusingan kedua, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menang ke atas bergu Jerman Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer straight set 21-13. 21-13.

Lima wakil negara akan beraksi esok bagi memburu slot ke pusingan kedua, antaranya Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

- Advertisement -