Oleh Ku Mohd Lufti

Mana nak cari RM 40 juta? Mana pergi RM 40 juta? Mungkin ramai yang mula bertanyakan soalan ini selepas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas pendedahan kekurangan dana untuk mengendalikan liga tempatan serta skuad kebangsaan.

Apa yang telah berlaku terhadap struktur kewangan dan sistem dalam FAM ketika pengurusan terdahulu terpaksa dihadam Tunku Ismail selepas mengambil alih pucuk pimpinan badan induk bolasepak itu penghujung Mac lalu.

Isu yang penting kini pengurusan kewangan yang cukup lemah, malah bukan itu sahaja, aset melibatkan pakaian dan peralatan pasukan kebangsaan ‘hilang’.

Mungkin Tunku Ismail tidak mahu menunding jari kepada mana mana pihak mungkin sesuai, tetapi perlu diingatkan, ‘kambing hitam’ yang terlibat dalam ‘menghilangkan’ RM 40 juta tdaik boleh dibiarkan begitu sahaja.

Mungkin Tunku Ismail sedang menjalankan siasatan dan tidak mahu mendedahkannya sehingga kesemua yang terlibat dapat dikenalpasti.

Jika TMJ berani untuk bersua secara umum dan mendedahkan kepincangan dalam FAM, mengapa tidak Tunku tampil dan mengumumkan sendiri siapa dalang yang terlibat.

Pelbagai pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pastinya bersedia untuk menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan isu kehilangan RM 40 juta tersebut.

Mungkin memakan masa, tetapi ini perkara utama yang boleh dianggap sebagai pencapaian terbesar Tunku Ismail sebagai peneraju FAM dalam menyelesaikan gelaja rasuah atau sesetengah individu yang mengambil kesemoatan untuk meraih keuntungan.

Ini kerana, antara kenyataan Tunku Ismail ketika pertemuan dengan media yang diadakan di Johor Bahru baru baru ini turut dinyatakan kehilangan aset melibatkan skuad kebangsaan yang ditaja Nike.

Ia sekaligus cukup untuk menguatkan lagi, ramai yang ‘memanfaatkan skuad kebangsaan’ dengan sebaik baiknya.

Harapan masih lagi bersinar di hati peminat bolasepak tempatan yang mahukan perubahan, namun ia bergantung kepada langkah yang diambil Tunku Ismail.

Namun perlu juga diingatkan, Tunku Ismail tidak boleh bekerja berseorangan, peminat juga perlu memainkan peranan, dalam memberi sokongan terhadap TMJ andai mahu melihat perubahan dalam kepimpinan baginda.

- Advertisement -