Badan induk bolasepak Eropah, UEFA menafikan dakwaan menerima cadangan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk menunda aktiviti bolasepak sehingga penghujung 2021.

Malah, khabar angin yang menyatakan kelab Liga Perdana Inggeris berpeluang untuk layak ke saingan Luga Juara Juara juga dianggap tidak berasas.

Laporan media antarabangsa Brazil menyatakan Eropah telah menerima nasihat daripada WHO untuk menunda sebarang aktiviti bolasepak sehingga 2022 susulan pandemik Covid 19.

Media di Itali melaporkan UEFA menerima notis daripada WHO ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang berlangsung pada Khamis lalu dimana antara intipati utama adalah untuk tidak meneruskan sebarang aktiviti sehingga tahun 2022 bagi mengelakkan gelombang kedua Covid 19.

Andai perkhabaran ini menjadi kenyataan, jadual kejohanan utama, iaitu liga domestik mahupun Euro 2020 yang telah ditunda perlu di ubah sekali lagi atau mungkin berdepan kemungkinan untuk dibatalkan sepenuhnya.

Namun, UEFA menafikan laporan media antarabangsa malah bersedia untuk meneruskan saingan liga domestik di Eropah bagi musim 2019/2020 selepas diberi lampu hijau.

Laporan media di England juga menyangkal kenyataan WHO berhubung pandangan untuk menunda aktiviti bolasepak sehingga 2022.

WHO yang dihubungi menjelaskan dokumen yang dihantar kepada UEFA adalah panduan dan nasihat berkenaan peraturan bagi perhimpunan berskala besar yang akan diputuskan oleh pihak terlibat bergantung kepada keadaan semasa negara tersebut.

 

 

- Advertisement -