tmj.kj

Oleh Ku Mohd Lufti

Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia, (FAM) yang mahu mencari individu yang memdedahkan maklumat yang membocorkan maklumat yang dimuatkan ke dalam pendrive sebelum diserahkan kepada pemilik kelab Johor Darul Takzim, (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menegaskan, FAM perlu memberi fokus terhadap isi kandungan yang ada di dlaam pendrive tersebut dan laporan yang akan diserahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sudah pastinya yang penting adalah isi kandungannya, dari segi keutamaan saya percaya peminat bola sepak tidak mahu dengar siapa yang membocorkan maklumat dan sebagainya,” kata Khairy Jamaluddin.

FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin pada 1 September lalu, akan melakukan siasatan untuk mencari individu yang mendedahkan maklumat kepada  Tunku Ismail.

Pendrive yang didakwa mengandungi salah laku dalaman FAM diserahkan kepada Menteri KBS, Khairy Jamaluddin yang kemudiannya menyerahkan kepada SPRM.

Namun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki isnin lalu mengesahkan kandungan maklumat yang terdapat di dalam pendrive tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

- Advertisement -