V Shem-Wee Kiong

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio 2016 dalam acar bergu lelaki, Goh V Shem – Tan Wee Kiong kini menghuni kedudukan teratas selaku gandingan nombor satu dunia.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), V Shem dan Wee Kiong  mengumpul 71297 mata, diikuti gandingan China, Chai Biao – Hong Wei kedua dengan 70220 mata manakala Mathias Boe – Carsten Morgensen dikedudukan ketiga dengan 67534 mata.

V Shem dan Wee Kiong sekaligus menamatkan dominasi Korea Selatan yang mengungguli kedudukan teratas menerusi Lee Yong Dae – Yoo Yeon Seong yang menduduki ranking bergu nombor satu dunia pada bermula tahun 2014 sehingga September 2016.

Rakan Yeon Seong, Lee Yong Dae bagaimanapun mengumumkan persaraan selepas memenangi Terbuka Korea Selatan September lalu.

Kali terakhir bergu negara menduduki ranking nombor satu dunia adalah pada 2009 menerusi gandingan Koo Kien Keat – Tan Boon Heong.

Dalam pada itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan kedudukannya selaku pemain nombor satu dunia dengan jumlah 93503 mata.

Manakala pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio bagi acara bergu campuran, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying menghuni tangga keempat, turun satu anak tangga.

- Advertisement -